Carian
Yahoo Sedang Bangunkan Pelayar Web Tersendiri – Terbuka Untuk Membeli Chrome
April 25, 2025 Aman

Yahoo merupakan sebuah jenama yang sangat gah ketika era permulaan internet, dengan penawaran perkhidmatan seperti emel, Yahoo Messenger, akses kepada berita, dan turut menjadi laman sehenti untuk melakukan pelbagai carian. Namun, kehadiran perkhidmatan lain memberikan kesan, dan jenama berkenaan kian dilupakan.

Dibawah pemilik baharu, Yahoo dilihat sedang membangunkan dan ingin mengembalikan kembali zaman kegemilangan mereka. Selain fokus terhadap kandungan, Yahoo juga kini dilaporkan sedang membangunkan pelayar web mereka tersendiri.

Langkah ini dikatakan sebagai sebahagian daripada langkah menguasakan kembali enjin dan sokongan carian mereka.

Selain pelayar web mereka yang dalam pembangunan, selari dengan perbicaraan melibatkan Google, Yahoo turut menyatakan mereka terbuka untuk membeli Chrome sekiranya ia terpaksa dijual atau diasingkan daripada Google. Google dianggap memonopoli pasaran, dan pihak berkuasa di Amerika Syarikat sedang melihat kepada adakah Google perlu dipecahkan atau sebaliknya.

Pada hari ini, Google Chrome merupakan antara pelayar web yang digunakan ramai di dunia, malah enjin sumber terbukanya Chromium turut menguasakan sejumlah besar pelayar web lain di pasaran, termasuk Microsoft Edge dan juga Opera.

Komen