Carian
CelcomDigi Mula Menguji Aplikasi Baharu Yang Lebih Moden Secara Dalaman
April 25, 2025 Aman

CelcomDigi kini dilihat sedang menguji aplikasi baharu mereka secara terhad, terutamanya secara dalaman melibatkan para pekerja CelcomDigi terlebih dahulu. Aplikasi ini telah pun diterbitkan di gedung aplikasi, namun, memerlukan kod jemputan sebelum dapat menggunakannya.

Aplikasi ini dijangka akan mengintegrasikan dan menyatukan semua penawaran CelcomDigi dibawah satu, termasuk untuk penawaran prabayar atau pascabayar.

Pihak CelcomDigi masih tidak berkongsi lanjut berkenaan penawaran aplikasi ini. Melalui halaman aplikasi tersebut di gedung aplikasi, ia disarankan untuk pelanggan Celcom dan Digi kekal menggunakan aplikasi sedia ada – memandangkan aplikasi ini masih belum tersedia untuk pengguna awam.

Komen