Carian
4Chan Kembali Beroperasi Selepas 10 Hari Digodam
April 28, 2025 Effi Saharudin

Laman kontroversi 4Chan.com akhirnya kembali beroperasi pada Sabtu, 10 hari selepas digodam sehingga menyebabkan maklumat peribadi beberapa pengurus lama tertiris ke arena web. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali laman, penggodam mengakses pelayar 4Chan pada 14 April menerusi alamat IP di UK.

Mereka mengesahkan laman digodam kerana infrastruktur yang sudah lama tidak dikemaskini disebabkan kekangan kewangan. Tempoh 10 hari diperlukan untuk mengembalikan semula laman kerana pelayar yang usang perlu digantikan dengan perkakasan lebih baharu. Sistem operasi dan kod juga telah dikemaskini ke versi terkini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Pada waktu ini muat naik fail PDF telah dihalang kerana ia digunakan oleh penggodam mengakses pelayar. Forum /f/ – Flash juga akan ditutup selama-lamanya kerana tidak ada cara untuk menampal kerentanan sekuriti fail SWF.

Komen