Carian
Bowers & Wilkins Px7 S3 Dan Pi8 McLaren Edition Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM2,399
April 29, 2025 Amy Maizuraa

Bowers & Wilkins baru sahaja melancarkan Px7 S3 dan Pi8 McLaren Edition di Malaysia. Kedua-duanya menampilkan gabungan teknologi terkini dan reka bentuk mewah. Selain itu, ia direka untuk memberikan pengalaman audio dan kualiti binaan yang baik.

Fon kepala Px7 S3 dilengkapi dengan pemacu Biocellulose 40mm untuk bunyi yang lebih jelas. Terdapat juga teknologi aptX Adaptive 24/96 dan aptX Lossless untuk penstriman audio beresolusi tinggi. Selain itu, ia mempunyai lapan mikrofon dengan pembatalan hingar aktif, dan teknologi ADI Pure Voice untuk panggilan lebih baik. Ia turut menawarkan bentuk ergonomik dengan kusyen memori untuk keselesaan semasa penggunaan yang panjang.

Bateri disediakan mampu bertahan sehingga 30 jam dengan ANC, dan engecasan pantas selama 15 minit untuk tambahan 7 jam masa mendengar. Pengguna juga boleh menyesuaikan pengalaman audio melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music App, termasuk kawalan EQ, mod True Sound, dan ciri Spatial Audio yang akan diperkenalkan melalui kemas kini.

Pi8 McLaren Edition ialah fon telinga nirwayar eksklusif yang dihasilkan melalui kerjasama antara Bowers & Wilkins dan McLaren. Fon telinga ini dilengkapi CODEC Hi-Res LDAC untuk audio berkualiti tinggi dengan resolusi yang jelas. Rekaannya diinspirasi daripada McLaren dengan elemen moden yang sinonim dengan jenama kereta mewah tersebut.

Selain itu, ia menawarkan pembatalan hingar adaptif dengan keupayaan audio yang boleh disesuaikan dengan persekitaran. Ia juga menyokong fungsi pintar yang boleh diakses melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music App, termasuk kawalan EQ, mod True Sound, dan lain-lain.

Px7 S3 tersedia dalam warna Anthracite Black, Canvas White, dan Indigo Blue, dengan harga RM2,399. Pra-tempahan dibuka bermula 15 Mei 2025, dan ia akan tersedia di kedai fizikal pada pertengahan Jun 2025. Sementara itu, Pi8 McLaren Edition yang berharga RM2,999 akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 15 Mei 2025 dan akan tersedia di kedai fizikal menjelang akhir Mei 2025.

Komen