Pada acara Meta Marketing Summit hari ini, pihak Meta Malaysia turut berkongsi mengatakan kini lebih 60% penggunaan di Instagram dan Facebook adalah melibatkan video – sekaligus memperlihatkan ciri Reels pada kedua-dua platform berkenaan menjadi fokus utama pengguna berbanding perkongsian teks atau gambar.

Ini juga selari dengan fokus dari segi rekabentuk, selain mengalakkan pengguna dan penerbit kandungan dalam berkongsi lebih banyak video pada platform tersebut.
Selari dengannya juga, pihak Meta turut telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan Edits, memudahkan pengguna dalam menghasilkan video dan menerbitkannya terus pada platform Meta.