Jika anda seorang peminat permainan penembak DOOM, Bethesda akan melancarkan permainan DOOM: The Dark Ages tidak lama lagi, dan bersempena dengan pelancaran permainan tersebut, mereka telah memperkenalkan berkas khas untuk pemain-pemain PC, khususnya mereka yang mahu menaiktaraf komputer mereka.

Terkandung dalam berkas ini ialah sehelai baju bertemakan DOOM, pad tetikus besar dengan tema permainan tersebut, replika kad kunci kuning yang digunakan dalam permainan DOOM: The Dark Ages dan juga sebuah kad grafik ASUS ROG Astral GeForce RTX 5080 DOOM Edition, lengkap dengan rekaan yang memperlihatkan watak Doomslayer.

Edisi khas kad grafik ROG Astral GeForce RTX 5080 DOOM Edition ini hanya ditawarkan melalui laman web Bethesda Store, dan daripada apa yang dilihat, pra-tempahan untuk berkas ini akan dibuka tidak lama lagi.
Buat masa ini, tanda harga untuk berkas ini tidak diperlihatkan lagi, tetapi pra-tempahan untuknya akan dibuka tidak lama lagi, dan harganya juga akan diumumkan kelak.