Carian
Sony Pertimbang Untuk Mengasingkan Perniagaan Semikonduktor
April 29, 2025 Aman

Sony kini dilaporkan sedang pertimbang untuk mengasingkan bahagian semikonduktor mereka sebagai syarikat berasingan – sekaligus membolehkan syarikat akan lebih mudah mengimplementasi strategi memfokuskan kategori khusus terhadap hiburan dan gaya hidup.

Ia dikatakan pengasingan syarikat ini mungkin berlaku seawal tahun ini. Sony dijangka mengekalkan pegangan minoriti pada syarikat baharu yang diasingkan tersebut. Dibawah perniagaan semikonduktor ini, Sony turut menghasilkan sensor kamera untuk Apple, Xiaomi dan sejumlah peranti lain.

Untuk makluman, sebelum ini Sony pernah melihat ke pengasingan ini, namun tidak berjaya. Perubahan baharu ini juga tidak diketahui akan berjaya sepenuhnya atau sebaliknya memandangkan ketidak-tentuan pasaran disebabkan tarif dan lain-lain.

Komen