Carian
Jumlah Aplikasi Di Google Play Store Susut 47% Berbanding 2024
April 30, 2025 Effi Saharudin

Di awal 2024, Google Play Store menawarkan 3.4 juta aplikasi kepada pengguna. Tetapi menurut data daripada AppFigures minggu ini, Play Store kini hanya menawarkan 1.8 juta aplikasi yang bersamaan pengurangan 47%. Ini bukan disebabkan oleh pembangun menghentikan pembangunan tetapi kerana Google telah mengetatkan garis panduan kualiti minima aplikasi sebelum boleh diterbitkan.

Walau bagaimanapun jumlah aplikasi Google Play Store masih di hadapan Apple App Store yang menawarkan lebih 1.64 juta aplikasi menurut angka terkini. Jumlah aplikasi bukan segalanya kerana antara isu di Android ialah terlalu banyak aplikasi sampah, tidak berguna dan lebih serius lagi ialah aplikasi hasad yang mencuri data pengguna tanpa disedari.

Komen