Samsung dilihat terus meningkatkan pengalaman penggunanya melalui pengenalan Google Gemini AI dalam siri Galaxy A baharu termasuk Galaxy A56, Galaxy A36, dan Galaxy A26. Dengan ciri ini, pengguna boleh mengaktifkan ciri tersebut dengan hanya menekan dan menahan butang kuasa sama seperti yang sebelum ini ditawarkan pada model mercu siri Galaxy S.

Dengan Gemini AI, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih pintar dan cekap dalam pelbagai aspek. Antaranya seperti, pengguna boleh melakukan carian dengan lebih pantas. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan cadangan pintar yang disesuaikan, di samping turut membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai aplikasi dengan lancar.

Untuk mendapatkan kemaskini, pengguna boleh menyemak kemas kini perisian di Tetapan > Kemas Kini Perisian apabila ia tersedia. Samsung menyatakan bahawa kemas kini ini akan dilancarkan kepada pengguna secara berperingkat.