Xiaomi hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan model bahasa raya mereka tersendiri dalam bentuk sumber terbuka, dinamakan MiMo. Xiaomi mengatakan ia menggunakan 7 bilion parameter, dan dikatakan menawarkan prestasi dan penanda aras lebih baik berbanding beberapa model lain, termasuk model OpenAI o1-mini.
Xiaomi memfokuskan kepada ciri menalar melalui model sumber terbuka ini, membolehkan ia memberikan respon yang lebih baik untuk analisa tambahan dan juga melibatkan matematik.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran model ini melalui GitHub atau Hugging Face hari ini.