Freepik Perkenal Model AI Sumber Terbuka Untuk Penjanaan Gambar – F-Lite
April 30, 2025
Kecerdasan Buatan
Sumber Terbuka
Aman
Freepik kini bekerjasama dengan pihak Fal.ai dalam menawarkan model kecerdasan buatan untuk penjanaan gambar dalam bentuk sumber terbuka, dinamakan F-Lite. Menariknya mengenai model yang ditawarkan ini adalah model ini dilatih menggunakan kandungan yang dilesenkan secara komersil, melibatkan lebih 80 juta imej.
Model sumber terbuka ini menawarkan 10 bilion parameter. Model F-Lite ini boleh dijalankan pada peranti yang mempunyai kad grafik sekurang-kurangnya 24GB VRAM.
Bagi para pembangun yang berminat, boleh menyemak penawaran F-Lite ini yang hadir dalam dua variasi, iaitu Standard Model dan juga Texture Model.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.