Carian
X Mula Menambah Sokongan Muat-Naik Video 4K Untuk Pelanggan Berbayar
April 30, 2025 Aman

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter, sedia memfokuskan kepada penawaran video melalui platform mereka. Terbaru, X mengumumkan mereka telah mula memperkenalkan sokongan muat-naik video pada resolusi 4K untuk sejumlah penerbit kandungan.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna memuat-naik video berkualiti lebih tinggi. Sebelum ini, X sekadar membolehkan muat-naik video pada resolusi 1080p berdurasi sehingga hampir 3 jam.

Ia tidak diketahui lagi sama ada lebih ramai akan mula memuat-naik video 4K dengan pengenalan ciri ini, atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan perubahan pada platform X ini sejurus selepas ciri ini diperkenalkan dengan lebih meluas kelak.

Komen