Carian
WhatsApp Sedang Menguji Kawalan Transkripsi Mesej Suara Baharu
April 30, 2025 Amy Maizuraa

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna membuat kawalan sepenuhnya terhadap cara mesej suara ditranskripsi. Ciri ini boleh diakses melalui ruangan tetapan aplikasi, dan ia menawarkan tiga pilihan kawalan yang berbeza.

Pilihan pertama ialah transkripsi automatik (Automatically) yang membolehkan semua mesej suara ditranskrip secara automatik sewaktu diterima. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang lebih gemar membaca mesej daripada mendengar audio terutamanya dalam keadaan di mana mendengar mesej suara mungkin tidak sesuai pada waktunya.

Pilihan kedua ialah transkripsi manual (Manually) di mana pengguna perlu membuat transkripsi secara manual setiap kali mereka ingin melihatnya. Pilihan ketiga pula membolehkan pengguna mematikan ciri transkripsi sepenuhnya (Never), sama ada secara automatik atau manual. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang lebih suka mendengar mesej suara dalam bentuk asal tanpa menggunakan fungsi ini.

Menurut WhatsApp, ciri ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh mereka, dan bergantung pada pilihan Bahasa yang disokong. Antaranya seperti Inggeris, Sepanyol, Portugis (Brazil), Rusia, serta Hindi, yang turut akan ditambah baik dengan lebih banyak pilihan pada masa akan datang.

Setakat ini, ia turut telah mula diedarkan untuk beberapa pengguna WhatsApp beta peranti Android melalui kemaskini baharu pada aplikasi.

Komen