Dalam industri penulisan, semakin ramai kehilangan kerja kerana digantikan oleh kecerdasan buatan (AI). Sebuah penerbitan terkemuka yang menjadi topik perbualan hangat dua minggu lalu misalnya menggantikan lebih 40% penulis dengan AI bagi mengurangkan kos. Wikipedia, sebagai ensiklopedia atas talian terkemuka mengumumkan mereka juga akan menggunakan AI tetapi bukan untuk menggantikan penulis manusia.

Sebaliknya AI akan digunakan untuk memudahkan tugasan teknikal supaya penulis manusia boleh menumpukan perhatian kepada menghasilkan kandungan. AI turut akan memudahkan proses mencari maklumat dalam Wikipedia membolehkan manusia membincangkan topik dan mengambil keputusan seperti bersetuju melakukan suntingan pada artikel yang diterbitkan.
Proses alih bahasa dan adaptasi topik juga akan diperkasakan oleh AI. Akhir sekali sukarelawan Wikipedia juga akan menerima latihan yang dibantu oleh sistem AI.