YouTube memulakan ujian dimana imej kecil (thumnbnail) untuk video akan dikaburkan jika ia mengandungi kandungan yang dikategorikan untuk penonton dewasa. Ciri ini diberikan secara kepada sebilangan kecil pengguna sejak semalam bagi mengelakkan mereka terlihat kandungan bertemakan seksual mengikut garis panduan komuniti secara tidak sengaja.

Tajuk video, nama saluran dan penerangan mengenai kandungan masih dapat dilihat. Pengguna akan mempunyai pilihan untuk mematikan ciri ini jika tidak dikehendaki. Ini ialah ciri yang wujud pada laman lain seperti Reddit untuk kandungan yang diberikan label NSFW.