Ahli lembaga Tesla kini dilaporkan telah memulakan pencarian baharu untuk menggantikan posisi Elon Musk di syarikat tersebut. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakh antara calonnya, dan adakah ia akan diteruskan sepenuhnya. Pencarian ini dikatakan telah dimulakan disebabkan oleh penglibatan Elon Musk pada pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat dibawah Donald Trump.
Pada minggu lepas, Elon Musk sedia mengumumkan akan mengurangkan penglibatan dalam pentadbiran Trump, dan lebih memfokuskan terhadap Tesla. Berkemungkinan besar langkah berkenaan diambil dalam memastikan Elon Musk terus memegang jawatan CEO dan tidak digantikan.
Tesla sendiri kini dilihat menghadapi cabaran tersendiri, termasuk dari segi pegangan pasaran dan persaingan bersama pelbagai pengeluar kenderaan elektrik lain. Disamping itu, ia juga masih tidak diketahui berkenaan bagaimanakah dan sebesar manakah impak tarif terhadap Tesla kelak.