Meta kini memperlihatkan perkhidmatan Threads terus meningkat naik secara aktif, dan mengumumkan kini ia mempunyai lebih 350 juta pengguna aktif setiap bulan. Angka terbaru ini memperlihatkan Threads telah menambah 30 juta pengguna aktif baharu pada perkhidmatan berkenaan dalam tempoh tiga bulan terakhir.
Threads ditawarkan menggunakan akaun Instagram, dan menawarkan pengalaman perkongsian mikro seumpama Twitter atau X.
Walaupun angka 350 juta adalah tinggi, namun ia masih jauh lagi jikalau dibandingkan dengan Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Pada awal pelancaran sendiri, Mark Zuckerberg sedia menyatakan Threads akan mencapai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan seperti perkhidmatan lain dibawah mereka.
Selain Threads, kini Meta turut memfokuskan kepada penawaran Meta Ai yang dikatakan hampir mencapai 1 bilion pengguna seluruh dunia.