Samsung Galaxy S25 Edge telah diacah oleh Samsung sejak Januari lalu. Ia akan menjadi peranti paling nipis dalam siri Galaxy S25 yang dilancarkan tahun ini. Hari ini imej pengolokan rasmi dan juga spesifikasi penuh S25 Edge telah tertiris sepenuhnya ke arena web menerusi laman WinFuture.
Peranti akan dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120 Hertz, dijana cip Snapdragon 8 Elite, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 3900 mAh dengan pengecasan berwayar 45W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP f/1.7 dan lensa ultra lebar 12MP f/2.2. Ini berbeza dengan siri Galaxy S25 lain yang dilengkapi tri-kamera di belakang. Di hadapan pula kamera 12MP diletakkan dalam lubang skrin.
Terdapat pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin bersama dengan kemampuan kalis air serta debu IP68. Tubuh peranti hanya setebal 5.85mm yang adalah 20% lebih nipis berbanding Galaxy S25+ yang setebal 7.3mm. Di Eropah harga jualan Samsung Galaxy S25 Edge bermula €1249 (~RM 6112) untuk model 12/256 GB dan €1369 (~RM 6700) untuk model 12/512 GB dalam pilihan warna Titanium Jetblack, Titanium Icyblue and Titanium Silver.