WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta kumpulan tanpa perlu menambah ahli serta-merta. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh membentuk kumpulan terlebih dahulu dan kemudian memilih siapa yang ingin dimasukkan.
Sebelum ini, setiap kali pengguna yang ingin mencipta kumpulan, mereka perlu menambah sekurang-kurangnya seorang ahli. Jika tiada ahli yang ingin ditambah serta-merta, maka pengguna terpaksa menggunakan kaedah sementara seperti menambah seseorang terlebih dahulu dan mengeluarkannya kemudian.

Namun kini dengan adanya ciri baharu itu, pengguna hanya perlu mengetik butang pada tab “Chats” memilih “New Group” dan meneruskan proses tanpa menambah ahli atau peserta. Jika ciri ini tersedia dalam versi beta mereka mesej di bahagian atas aplikasi akan mengesahkan bahawa penambahan ahli adalah pilihan.
Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada sebilangan pengguna beta dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat. Jika anda ingin mencuba, boleh semak sama ada ciri ini sudah tersedia dalam versi beta WhatsApp anda atau sebaliknya.