Google sedia menawarkan perkhidmatan NotebookLM yang membolehkan pengguna menjana audio berbentuk perbincangan dikuasakan dengan kecerdasan buatan. Selain berasaskan web, kini pihak Google turut dalam persediaan untuk melancarkan aplikasi NotebookLM untuk pengguna Android dan iPhone.

Aplikasi berkenaan kini sudah boleh dipra-daftar di kedai aplikasi App Store dan Google Play Store, akan membolehkan pengguna melihat pelbagai nota yang dijana melalui web, melihat sumber-sumber kepada nota berkenaan, dan pada masa yang sama mendengar audio yang dijana melalui perkhidmatan berkenaan.
Buat masa ini, ia lebih kepada untuk membaca dan mendengar, dan belum boleh digunakan untuk penjanaan melaluinya. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-daftar melalui App Store atau Google Play Store hari ini.