Carian
Apple Kini Membenarkan Pembayaran Aplikasi Luar App Store Tetapi Hanya Di Amerika Syarikat
May 2, 2025 Effi Saharudin

Semalam mahkamah di Amerika Syarikat mengharamkan Apple daripada menghalang pembayaran dalam aplikasi (IAP) di luar ekosistem App Store. Mereka turut diarahkan untuk membenarkan pembangun aplikasi memberitahu kewujudan sistem pembayaran alternatif dengan butang pautan yang selama ini tidak dibenarkan mengikut garis panduan App Store.

Hari ini garis panduan App Store telah dikemaskini dengan ia Apple menerangkan kedua-dua ciri di atas hanya boleh ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ini pastinya mengecewakan pembangun kerana ramai mengharapkan arahan yang dikeluarkan oleh hakim dalam keputusan saman Epic Games ke atas Apple ini akan berkuatkuasa di semua pasaran.

Selepas arahan dikeluarkan, Epic Games mengesahkan mereka akan menawarkan semula Fortnite di pernati Apple seawal minggu depan. Spotify dan Patreon pula sudah menghantar versi terbaru aplikasi mereka dengan pilihan pembayaran luar App Store kepada Apple.

Komen