Mozilla kini telah pun memperkenalkan kemaskini pada pelayar web mereka, sekaligus menambah salah satu ciri yang diminta ramai sekian lama, iaitu “Tab Groups”.
Melaluinya, kini pengguna Firefox boleh menguruskan tab pelayaran dengan mudah. Anda boleh menyusun tab di atas satu sama lain, dan seterusnya melabelkan kumpulan tab berkenaan. Ini membolehkan pengguna menyusun dan menjadikan proses pelayaran web berkenaan lebih produktif berbanding kebiasaan.

Pada masa yang sama, Mozilla mengatakan Firefox turut sedang bereksperimen dengan kebolehan kumpulkan tab berasaskan kecerdasan buatan, dimana ia akan menyusun tab mengikut kaedah penggunaan seseorang.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh mengemaskini pelayar web anda, dan mencuba ciri baharu ini.