Carian
Maxis Home Fibre Dilancarkan Di Pulau Pinang – Ingin Hubungkan 100,000 Kediaman Menjelang 2027
May 2, 2025 Aman

Maxis hari ini secara rasminya meluaskan infrastruktur rangkaian fiber mereka ke Pulau Pinang, sekaligus memudahkan lagi para pengguna Pulau Pinang dalam menikmati perkhidmatan Maxis Home Fibre. Maxis menyasarkan untuk menghubungkan lebih 100,000 kediaman di Pulau Pinang menjelang 2027 melalui infrastruktur dan penawaran mereka.

Maxis akan memberikan tumpuan khusus ke kawasan bandar dan berpermintaan tinggi, termasuk Jelutong, Georgetown, Batu Maung, Bayan Lepas, Bayan Bary, serta lokasi utama di Seberang Perai.

Pembangunan oleh Maxis ini juga dilihat selari dengan visi Penang2030 yang ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar, hijau dan inklusif.

Maxis Home Fibre ditawarkan dalam beberapa pelan berbeza, bermula 100Mbps pada RM89 sebulan, sehingga 2Gbps pada harga RM319 sebulan.

Komen