Penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) tidak terhad kepada orang dewasa untuk melakukan tugasan kerja tetapi kini turut semakin popular di kalangan kanak-kanak. New York Times melaporkan Google kini bersedia menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan beberapa ciri keselamatan data.

Ibu bapa serta penjaga yang menggunakan Family Link untuk mengawal penggunaan peranti anak-anak mula menerima notifkasi mengenai ciri baharu ini. Menerusi Gemini untuk kanak-kanak ia boleh digunakan untuk membantu melakukan kerja rumah dan juga membaca cerita sebelum tidur. Berbeza dengan Gemini untuk pengguna dewasa, Google berkata data pengguna bawah 13 tahun tidak akan digunakan untuk melatih model AI.