Carian
Mozilla : Tanpa Perjanjian Carian Google, Sukar Untuk Bangunkan Firefox Dan Enjin Gekco
May 3, 2025 Aman

Pihak Mozilla kini turut dipanggil untuk memberikan komen dalam perbicaraan melibatkan Google, dan carian Google. Melaluinya, Mozilla menekankan yang mana kerjasama untuk integrasi carian pada pelayar web membantu dalam membangunkan pelbagai perkara dan memastikan kelangsungan Mozilla setakat hari ini.

Mozilla menyatakan kerjasama berkenaan telah membantu dalam pembangunan pelayar web Firefox, dan pada masa yang sama membolehkan mereka melakukan pelaburan dalam pembangunan enjin pelayar web tersendiri, Gecko. Mozilla mengatakan tanpa kerjasama ini, ia akan menyukarkan pembangunan, dan tidak boleh menyediakan alternatif kepada pelayar web Chrome, Edge dan Safari.

Sebelum ini, ia sedia dianggarkan yang mana Google menyumbang lebih 85% pendapatan Mozilla. Mozilla mengatakan ia adalah baik untuk menambah-baik persaingan dalam arena enjin carian, tetapi melakukan perkara berkenaan sepatutnya tidak memberikan kesan dalam persaingan antara pelayar web.

Komen