Carian
Droid Kargo Stars Wars Kini Boleh Dibeli
May 5, 2025 Effi Saharudin

Sejak A New Hope muncul di layar perak hampir 50 tahun yang lalu, ramai peminat Star Wars mendambakan robot khadam seperti R2D2. Dengan kemajuan teknologi robotik semasa, impian menjadi kenyataan selepas Disney mula menawarkan G1T4-M1N1 kepada yang berminat.

Robot dibangunkan oleh Piaggio dengan ia dilengkapi dua roda dengan badan G1T4-M1N1 pula boleh menempatkan sehingga 9 kilogram kargo. Menurut Disney, robot akan memainkan bunyi seakan droid dalam filem Star Wars, boleh menstrim muzik kegemaran dan kemampuan mengekori pemilik dari belakang. Setiap robot adalah seberat 12.7 kilogram, boleh beroperasi sehingga 7 jam dan bergerak pad kelajuan maksimum hampir 10 km/j.

G1T4-M1N1 sebenarnya hanyalah sebuah Piaggio Gitamini yang dilancarkan pada tahun 2021 tetapi dengan pelekat tubuh khas bertemakan Star Wars. Setiap G1T4-M1N1 dijual pada harga $2875 (~RM 12,082) yang sedikit lebih mahal berbanding robot asal yang dijual pada harga $2475 (~RM 10,401).

Komen