Maybank memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual. Penyelenggaraan ini dilakukan secara berkala bagi memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian sentiasa lancar dan berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan utama akan mengalami gangguan sementara waktu.

Antara perkhidmatan terlibat termasuklah mesin ATM yang tidak akan tersedia dari pukul 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi pada hari Sabtu, 10 Mei 2025 dan Sabtu, 17 Mei 2025. Selain itu, perkhidmatan DuitNow Transfer, DuiNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Debit Mandate melalui Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) turut akan mengalami gangguan dari pukul 3:00 pagi hingga 8:00 pagi pada tarikh yang sama.
Pihat Maybank memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kesabaran pada pelanggan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak bank melalui saluran rasmi mereka.