JIka anda seperti saya, seorang peminat tegar hobi membina papan kekunci mekanikal, sebuah acara hobi tersebut, MYMK 2025 akan diadakan pada 30 Ogos 2025 bertempat di EmHub, Kota Damansara pada jam 1pm sehingga 7pm.
Pas masuk untuk acara MYMK ini hadir dengan dua tanda harga, dimana pas masuk asas akan dijual pada harga RM15, dan pas masuk Keypass sudahpun mula dijual pada harga RM70. Pas masuk kelas Keypass kini boleh dibeli melalui laman web Ticket2U, dan akan hadir dengan sejumlah bonus tambahan, seperti goodie bag, pas masuk fizikal yang diperbuat daripada papan litar dan pas untuk cabutan bertuah dan pemberian hadiah lain.

Jualan tiket MYMK Keypass ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2025 ataupun selagi stok masih ada, manakala jualan tiket asas RM15 hanya akan dilakukan di pintu masuk acara tersebut.
Ia dijangka bahawa sejumlah jenama papan kekunci popular akan menghadiri acara ini, termasuklah kedai-kedai papan kekunci yang cukup dikenali oleh mereka yang berkecimpung dalam hobi ini. Jika anda seorang peminat papan kekunci mekanikal tegar, ataupun seorang yang baru sahaja mahu berjinak dengan hobi ini, anda dipelawa untuk menghadiri acara ini.