Carian
Half Life 3 Mungkin Dilancarkan Tahun Ini
May 5, 2025 Effi Saharudin

Penantian untuk Half Life 3 akan memasuki tahun ke-17 pada Oktober depan. Hakikatnya peminat siri Half Life sudah menanti terlalu lama untuk mengetahui penyudahan cerita Half Life 2 : Episode 2. Kerana terlalu lama, pelancaran Half Life 3 kini sudah menjadi meme kepada sesuatu yang mungkin tidak akan kunjung tiba. Tetapi menurut laporan terkini Tyler McVicker, Half Life 3 sudahpun boleh dimainkan dari awal hingga akhir dan akan dilancarkan tahun ini.

Menurut beliau, Half Life 3 dibangunkan menggunakan nama kod HLX dengan pengumuman kewujudannya akan dilakukan ketika musim panas dena ia akan dijual pada musim sejuk iaitu sekitar Oktober. Tambah beliau lagi, Half Life 3 akan melengkapkan jalan cerita Gordon Freeman dan tidak akan tergantung seperti permainan terdahulu.

Sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan ia pastinya salju yang akan mengurangkan kepedihan hati peminat permainan video yang tercalar disebabkan penangguhan GTA 6 ke tahun depan. Malahan pembatalan GTA 6 dipercayai akan menjadi pemangkin kepada pembangun lain untuk melancarkan permainan mereka tahun ini tanpa perlu risau perlu bersaing dengan permainan paling dinantikan dunia saat ini.

Komen