Amerika Syarikat sedia melanjutkan tempoh kepada TikTok sebelum ini, dalam memaksa perkhidmatan oleh syarikat China berkenaan dijual kepada syarikat atau pemilikan Amerika Syarikat. Sejumlah syarikat juga sedia menyatakan hasrat untuk ambil-alih operasi TikTok, namun, pihak Bytedance tidak mengeluarkan sebarang komen setakat ini.
Menyentuh mengenainya, presiden Amerika Syarikat mengatakan mungkin akan melanjutkan lagi tempoh masa yang diberikan sekiranya tiada sebarang perjanjian jual-beli terhasil sebelum 19 Jun 2025.
Sebelum ini, TikTok sepatutnya diharamkan di Amerika Syarikat bermula Januari 2025, namun tempoh berkenaan dilanjutkan sehingga April, sebelum dilanjutkan lagi sekali sehingga 19 Jun 2025 kelak.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada China akan benarkan transaksi jual-beli TikTok atau sebaliknya.