Samsung Galaxy Tab Active 5 Tactical Edition dilancarkan dengan ia tablet Android yang dihasilkan khusus untuk kegunaan ketenteraan. Tablet dilengkapi skrin 8″ TFT, dijana cip Exynos 1380, 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5050 mAh yang boleh ditanggalkan. Terdapat juga sokongan ia digunakan tanpa bateri dengan disambungkan terus ke sumber kuasa.

Kamera utama di belakang sebesar 13MP dan di hadapan pula sebesar 5MP. Tubuh tablet ini cukup tahan lasak kerana melepasi piawaian IP68 dan juga MIL-STD-810H. Kerana ia dihasilkan bagi tujuan ketenteraan ia mempunyai mod menarik seperti sokongan disambungkan kepada sistem GPS luaran, disambungkan kepada laser menjejak jarak dan menyokong sistem radio tentera.

Ketika di lapangan, kesemua sistem radio boleh dimatikan sepenuhnya supaya pengguna tidak mengeluarkan isyarat RF. Selain itu skrin menyokong mod gogal mod malam serta boleh diintegrasikan dengan dron. Kerana ia sebuah tablet, skrin turut boleh digunakan bersama dengan S Pen yang disertakan sekali.
Walaupun dipasarkan sebagai tablet untuk kegunaan ketenteraan, ia juga boleh digunakan oleh anggota polis, petugas ambulans dan bomba. Samsung Galaxy Tab Active 5 Tactical Edition tidak ditawarkan secara terbuka dan oleh itu harga jualan tidak didedahkan oleh Samsung.