Lenovo telah mengumumkan beberapa komputer riba baharu untuk pendidikan di bawah portfolio Lenovo Education. Ini terdiri daripada Lenovo Chromebook Plus 2-in-1, Lenovo 13w 2-in-1 Gen 3, Lenovo 500w Gen 5, Lenovo 300w Gen 5 dan Lenovo 100w Gen 5. Satu model menggunakan sistem operasi Windows 11 manakala empat lagi dengan WIndows 11.

Lenovo Chromebook Plus 2-in-1 dilengkapi skrin 14″ IPS FHD dengan sokongan sentuhan dan nisbah 16:10 yang dipadankan dengan cip sehingga Intel Core 7, memori sehingga 16GB LPDDR5X dan storan sehingga 512GB. Bateri yang digunakan membolehkan ia digunakan sehingga 11 jam. Pilihan I/O ialah 2x USB-C, 2x USB-A dan 1x HDMI. Keseluruhan peranti ialah setebal 17.5mm dan seberat 1.5 kilogram. Dengan sistem Operasi ChromeOS, pelajar boleh mengakses Gemini pada bila-bila masa untuk membantu melakukan tugasan.

Lenovo 13w 2-in-1 Gen 3 pula dilengkapi skrin 13.3″ IPS FHD dengan sokongan sentuhan, stylus dan boleh diputar 360 darjah. Ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Core 5, memori sehingga 16GB DDR5, storan sehingga 512GB SSD dan bateri 54.7 Whr. Pilihan I/O ialah 2x USB-C, 2x USB-A dan 1x HDMI. Keseluruhan peranti melepasi piawaian tahan lasak Mil-STD 810H. Ia juga mempunyai beberapa komponen seperti RAM, SSD, bateri dan kipas yang boleh ditukar sendiri oleh pemilik.

Kemudian Lenovo 500w Gen 5 pula dilengkapi skrin 12.2″ IPS FHD dengan sokongan sentuhan dan stylus. Ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Processor Core 3 N350, memori sehingga 8GB LPDDR5, storan sehingga 256GB SSD dan bateri 47 Whr. Pilihan I/O ialah 1x USB-C 10Gbps, 1x USB-C 5Gbps, 1x USB-A 3.2 5Gbps, 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio dan 1x kunci Kensington. Kamera web menyokong 1080P dan kamera belakang pula sebesar 5MP.
Seterusnya Lenovo 300w Gen 5 dilengkapi skrin 11.6″ IPS FHD dengan sokongan sentuhan dan stylus. Ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Processor Core 3 N250, memori sehingga 8GB LPDDR5, storan sehingga 256GB SSD dan bateri 47 Whr. Pilihan I/O ialah 1x USB-C 10Gbps, 1x USB-C 5Gbps, 1x USB-A 3.2 5Gbps, 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio dan 1x kunci Kensington. Kamera web menyokong 720P dan kamera belakang pula sebesar 5MP.

Akhir sekali Lenovo 100w Gen 5 dilengkapi skrin 11.6″ IPS FHD, dipadankan dengan cip Intel Processor Core 3 N150, memori sehingga 8GB LPDDR5, storan sehingga 256GB SSD dan bateri 47 Whr. Pilihan I/O ialah 1x USB-C 10Gbps, 1x USB-C 5Gbps, 1x USB-A 3.2 5Gbps, 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio dan 1x kunci Kensington. Kamera pula sekadar kamera web menyokong 720P.
Walaupun semua komputer riba telah dilancarkan, harga jualan masih belum diumumkan pada ketika ini.