DJI telah mengesahkan bahawa terdapatnya acara pelancaran produk baharu akan berlangsung pada 13 Mei 2025 dengan slogan Spin Your World. Walaupun butiran terperinci belum didedahkan ramai beranggapan bahawa acara ini mungkin memperkenalkan Mavic 4 Pro kepada umum.

Beberapa maklumat yang tertiris baru-baru ini mendedahkan reka bentuk penuh dron ini termasuk hasil gambar awal, kotak bungkusna dron dan penuras ND elektronik. Sebelum ini, perancangan untuk penuras berkenaan dikatakan telah dibatalkan namun kini dijadualkan untuk pengenalannya pada bulan Mei dengan jangkaan harga sekitar $200 (~RM847).
Dron ini dijangka dilengkapi dengan sistem tri-kamera termasuk sensor CMOS Hasselblad 4/3 yang boleh merakam video 6K pada 60FPS HDR, serta dua kamera telefoto dengan sensor bersaiz 1/1.3 inci dan 1/1.5 inci. Selain itu, ia dijangka turut menawarkan tempoh penerbangan sehingga 52 minit.