Carian
Kerjasama Lapan Tahun Sonos dan IKEA Kini Berakhir
May 7, 2025 Nazrin

Sonos, syarikat pembuat kelengkapan audio terkemuka dan IKEA, syarikat pembuat perabot dari Sweden telah bekerjasama selama lapan tahun untuk membangunkan perkakasan audio yang sebati dengan perabot-perabot IKEA, dan dinamakan IKEA Symfonisk.

Symfonisk telah memperlihatkan pelbagai jenis produk-produk audio yang menarik, menggabungkan rekaan perabot rumah dengan pembesar suara yang mengkaburkan garisan diantara perabot dan peranti audio.

Akan tetapi nampaknya kerjasama diantara kedua-dua syarikat ini akan berakhir, dimana Sonos telah mengesahkan dengan The Verge bahawa jenama audio Symfonisk tidak lagi akan hadir dengan sebarang perabot baru selepas ini.

Sebarang stok produk audio Symfonisk yang dijual setakat ini telahpun ditamatkan pengeluarannya, dan apabila ia semua habis dijual, produk-produk tersebut tidak lagi akan dihasilkan. Sonos juga mengatakan bahawa Symfonisk tidak lagi akan menghasilkan produk baru, tetapi akan memastikan bahawa produk-produk sedia ada mereka akan kekal dikemaskini dengan perisian pemandu dan sekuriti yang terbaru.

Ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pada awal tahun ini, Sonos sendiri telah membatalkan pembangunan sejumlah produk baru yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini.

Komen