Carian
Samsung Mengambil Alih Bowers & Wilkins, Denon, Polk dan Marantz 
May 7, 2025 Effi Saharudin

Samsung Electronics telah mengambil alih jenama audio Bowers & Wilkins, Denon, Polk dan Marantz  menerusi anak syarikatnya Harman International. Nilai yang dibayar kepada Masimo adalah $350 juta secara tunai. Ini selepas Harman mengambil alih kesemua perniagaan audio milik Masimo yang dahulunya memiliki keempat-empat audio terkemuka ini.

Harman juga memegang jenama audio JBL, Harman Kardon, AKG, Mark Levinson, Arcam, and Revel. Masimo menjual perniagaan audio mereka bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kesihatan profesional. Urusniaga akan dimuktamadkan menjelang penghujung 2025 dan bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

Komen