Carian
WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Ringkasan Mesej Peribadi Berasaskan AI
May 7, 2025 Amy Maizuraa

WhatsApp sedang membangunkan ciri ringkasan mesej peribadi yang menggunakan teknologi Secure Private Processing bagi memproses permintaan pengguna dengan selamat. Apabila pengguna menerima mesej baharu dalam perbualan, kumpulan (group) atau saluran, mereka boleh menggunakan butang khusus untuk mendapatkan ringkasan mesej dengan bantuan Meta AI.

Ciri Ringkasan Mesej Peribadi

Proses ini dikatakan dilakukan dengan selamat bagi memastikan mesej asal kekal sulit dan tidak boleh diakses oleh orang lain. Ciri ini sebenarnya berguna untuk mereka yang aktif dalam kumpulan atau saluran yang mempunyai banyak mesej. Dengan ringkasan ini, mereka boleh memahami perbincangan dengan lebih cepat tanpa perlu membaca setiap mesej satu per satu.

WhatsApp juga masih mengekalkan ciri penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) bagi memastikan mesej yang dihantar tidak boleh dibaca oleh mereka yang ingin memintasnya. Ciri ini bagaimanapun tidak akan tersedia dalam perbualan yang mengaktifkan fungsi Advanced Chat Privacy di mana kebiasaannya pengguna ini tidak mahu menggunakan sebarang ciri berasaskan AI dalam proses komunikasi mereka.

Ciri ringkasan mesej peribadi ini masih dalam fasa pembangunan yang hanya ditawarkan melalui kemaskini aplikasi pada masa akan datang.

Komen