Carian
Amazon AWS Sedang Bangunkan Penawaran Pengaturcaraan Dikuasakan AI
May 7, 2025 Aman

Amazon Web Services (AWS) kini dilaporkan sedang membangunkan penawaran pengaturcaran dikuasakan kecerdasan buatan mereka tersendiri. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan menawarkan alternatif kepada perisian lain sedia ada dipasaran, termasuk GitHub CoPilot, Windsurf dan Cursor.

Menurut laporan, perisian yang sedang dibangunkan tersebut dikatakan boleh menggunakan data sedia ada dlaam menjana kod, dan turut menghubungkan ia dengan ejen AI yang lain. Penawaran ini dikenali dengan nama kod “Kiro”, dan turut boleh menghasilkan dokumen teknikal, mengoptimasikan kod, dan sebagainya.

Ini juga mungkin langkah AWS dalam memastikan pengguna kekal menggunakan perkhidmatan mereka, termasuk terus membangunkan produk baharu menggunakan khidmat awanan mereka.

Buat masa ini, ia disasarkan Amazon mungkin melancarkan Kiro ini sekitar penghujung Jun kelak.

Komen