Carian
Sony Bakal Melancarkan Peranti Xperia Baharu Pada 13 Mei 2025
May 7, 2025 Amy Maizuraa

Sony kini mengumumkan perancangan untuk melancarkan peranti Xperia baharu pada 13 Mei 2025. Maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan ciri peranti tersebut masih belum didedahkan.

Peranti Xperia Baharu

Bagaimanapun video promosi yang dikongsi memberikan gambaran awal mengenai reka bentuk peranti ini, yang mengekalkan tubuh memanjang bernisbah 21:9 seperti siri Xperia sebelum ini. Selain itu, video berkenaan turut memberikan petanda awal mengenai sokongan teknologi kamera Alpha yang berkemungkinan digunakan pada peranti ini.

Peranti Xperia Baharu

Model Xperia baharu ini dijangka menampilkan peningkatan dari segi kamera, paparan dan prestasi keseluruhan. Ia juga berkemungkinan dikategorikan dalam segmen mercu dengan pelbagai ciri menarik, serta dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite. Selain itu, ia mungkin memuatkan skrin 6.5-inci, tri-kamera utama 48MP (OIS) + 12MP (ultra-lebar) + 12MP (telefoto periskop), serta kamera hadapan 12MP.

Komen