Carian
Netflix Mulakan Ujian Carian Yang Diintegrasikan Dengan Sokongan AI
May 7, 2025 Aman

Netflix hari ini mengumumkan mereka telah memulakan ujian beta terhad melibatkan pengguna iOS, dimana pengguna boleh melakukan carian yang disokong dengan kecerdasan buatan. Dengan langkah ini, kecerdasan buatan janaan boleh memahami konteks dan memberikan hasil carian yang lebih baik kepada pengguna.

Ini sekaligus membolehkan pengguna melakukan carian seperti “filem kelakar dan moden”, sekaligus ia akan memaparkan hasil carian yang berkaitan. Integrasi kecerdasan buatan turut membolehkan carian dengan frasa berbentuk perbualan dilakukan di Netflix, dan tidak terhad untuk berasaskan kata kunci sahaja.

Dengan permulaan fasa ujian ini, tidak mustahil kita melihat ia turut diperluaskan ke versi web, Android dan televisyen secara berperingkat bergerak ke hadapan.

Komen