Carian
Amazon Menghasilkan Robot Dengan Deria Sentuhan Untuk Bekerja Di Gudang
May 7, 2025 Effi Saharudin

Amazon mengumumkan robot terkini mereka yang diberi nama Vulcan dengan ia merupakan robot pertama Amazon yang dilengkapi dengan deria sentuhan. Ini membolehkan Vulcan memegang bungkusan dengan teliti tanpa merosakkan kandungan.

Vulcan dibangunkan bagi melakukan tugas menyusun bungkusan di gudang Amazon yang selama ini memerlukan pekerja manusia. Pada waktu ini menurut Amazon kemampuan Vulcan menyusun bungkusan setara dengan manusia.

Sungguhpun begitu menurut mereka Vulcan tidak akan menggantikan manusia sebaliknya kombinasi kedua-duanya memberikan hasil yang terbaik. Ia juga hanya boleh melakukan 75% tugas manusia sahaja ketika ini.

Robot ini akan digunakan di kilang Amazon yang terletak di Amerika Syarikat dan Eropah secara berperingkat dalam masa dua tahun lagi.

Komen