Permohonan Tesla Untuk Menggunakan Nama Robotaxi Dan Cybercab Sebagai Tanda Dagang Tidak Diluluskan Buat Masa Ini
Nazrin
Pada bulan Oktober tahun lepas, Tesla telah memperlihatkan sejumlah kenderaan elektrik swapandu baru yang dinamakan Tesla Cybercab, yang akan digunakan untuk menggerakkan perkhidmatan teksi swapandu Robotaxi mereka sekitar penghujung 2027 kelak.
Tidak lama selepas pengenalan siri kenderaan Cybercab ini, pihak Tesla telah memulakan proses permohonan untuk mempatenkan nama-nama Robotaxi dan Cybercab untuk penjenamaan kenderaan mereka dengan pejabat paten Amerika Syarikat, USPTO.

TechCrunch telah melaporkan bahawa Tesla telah menerima maklumbalas daripada pejabat USPTO berkenaan permohonan tersebut, dan nampaknya ia tidak diluluskan buat masa ini. Kedua-dua permohonan tersebut tidak diluluskan kerana pertama, penggunaan nama Robotaxi untuk produk kenderaan mereka dilihat sebagai terlalu umum, manakala untuk nama Cybercab pula, terdapat banyak syarikat-syarikat lain yang sedang memfailkan untuk penggunaan nama “Cyber” untuk pelbagai tujuan lain, termasuk aksesori-aksesori kenderaan Cybertruck.
Dalam pada itu, proses memfailkan nama Robotaxi sebagai sebuah perkhidmatan teksi swapandu masih lagi dalam proses pengesahan.

Ia turut dilaporkan bahawa sebab mengapa permohonan Tesla untuk mempatenkan nama Robotaxi tidak berjaya. Seperti yang dikatakan, ia adalah kerana penggunaan nama tersebut sebagai sebuah produk adalah terlalu umum, dan boleh digunakan sebagai sebuah kata nama yang menggambarkan sebuah kenderaan yang boleh dipandu oleh sebuah robot, ataupun tanpa memerlukan input penumpang.
Walaupun begitu, pejabat USPTO mengatakan bahawa Tesla mempunyai masa tiga bulan untuk menghantar maklum-balas berkenaan isu ini, samada untuk memberi sebab mengapa paten untuk nama tersebut patut diberikan ataupun untuk menggunakan nama baru. Sekiranya USPTO tidak menerima sebarang maklum-balas selepas tempoh tiga bulan tersebut, permohonan Tesla sedia ada akan dibatalkan, dan mereka akan perlu memfailkan permohonan yang baru.
Perkhidmatan teksi swapandu Robotaxi sepatutnya
[sumber]TechCrunch[/sumber]