Honor kini mengumumkan bahawa ciri AI Image-to-Video akan disertakan dalam siri HONOR 400 yang akan datang. Teknologi ini membolehkan pengguna menukar imej pegun kepada video berdurasi lima saat dalam format MP4 dengan nisbah 16:9 atau 9:16. Dibangunkan dengan kerjasama Google Cloud, ciri ini direka untuk meningkatkan pengalaman visual pengguna.

Honor menyatakan bahawa teknologi ini mampu menghidupkan semula kenangan, seperti dalam filem fantasi, di mana imej pegun boleh dianimasikan menjadi video bergerak. Ciri ini sesuai untuk perkongsian di media sosial dan juga dapat mengembalikan foto lama dalam bentuk potret yang lebih menarik.
Selain AI Image-to-Video, siri Honor 400 juga dilengkapi dengan beberapa alat suntingan gambar lain seperti AI Eraser, AI Cutout, AI Upscale dan Moving Photo Collage. Kesemua teknologi ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menyunting dan menyusun gambar dengan lebih menarik.