Carian
Perdana Menteri – Kerajaan Bersetuju Menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI
May 8, 2025 Nazrin

Kerajaan kebelakangan ini dilihat banyak memfokuskan terhadap pembangunan teknologi berkaitan kecerdasan buatan, rantaian blok dan aset digital, dan sehubungan dengan itu, telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI.

Majlis ini merupakan sebuah entiti penasihat strategik yang akan membantu negara menguasai teknologi-teknologi alaf baru seperti AI dan rantaian blok untuk memastikan bahawa Malaysia menduduki barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

Ia juga merupakan sebuah kerjasama diantara Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu menyokong pembangunan teknologi secara bertanggungjawab dan progresif.

Fokus utama majlis ini ialah untuk memacu inovasi dalam penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, kecerdasan buatan, analisa data raya dan pengkomputeran awan untuk memperkasa sektor digital yang cekap, selamat dan inklusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat pertama majlis ini dan telah membincangkan tentang potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi rantaian blok dan aset digital, termasuk dalam sektoFr strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

Komen