Leica Camera AG telah melancarkan Leica M11-P Safari, iaitu sebuah edisi istimewa dengan kemasan rona warna hijau kusam yang telah menjadi identiti ikonik mereka. Kamera ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, termasuk bahagian atas logam dengan kemasan pusam yang tahan lasak, serta lapisan kulit tiruan untuk pengalaman genggaman yang selesa.

Untuk spesifikasi, kamera ini dilengkapi dengan sensor BSI CMOS bingkai penuh. Ia turut membolehkan pengguna memilih diantara resolusi 60MP, 36MP atau 18MP. Memori dalaman sebesar 256GB disediakan boleh menyediakan ruang yang mencukupi untuk simpanan gambar dalam format DNG dan JPG. Selain itu, skrin kristal nilam tahan calar digunakan pula bagi memastikan paparan yang jelas dalam pelbagai situasi.

Kamera turut menyokong sambungan Bluetooth, Wi-Fi dan kabel bagi memudahkan proses pemindahan gambar. Ia juga boleh diintegrasikan dengan aplikasi Leica FOTOS, di samping dilengkapi dengan tali kamera berwarna coklat yang direka tanpa penggunaan plastik. Ia adalah selari denga usaha Leica dalam melindungi alam sekitar.
Di Malaysia, Leica M11-P Safari ditawarkan pada harga RM49,685 sebuah.