Carian
Figma Menawarkan Sejumlah Produk Dikuasakan AI – Figma Sites Untuk Buat Web, Figma Make Untuk Pengaturcaraan
May 8, 2025 Aman

Figma merupakan salah satu penyelesaian kreatif yang digunakan ramai dalam membangunkan rekabentuk web dan juga aplikasi. Mereka sedia mempunyai penawaran seperti Figma Design dan juga Figma Slides.

Tidak setakat itu, hari ini Figma turut memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan beberapa perkhidmatan baharu yang hadir dikuasakan dengan kecerdasan buatan, iaitu Figma Sites, Figma Make, Figma Draw dan juga Figma Buzz.

Figma Sites adalah sokongan membangunkan laman web, sekaligus memudahkan anda daripada merekabentuk laman web dan menerbitkannya terus menggunakan Figma tanpa memerlukan produk pihak ketiga lain seperti sebelum ini. Figma turut menyasarkan pengenalan CMS khusus untuk pengurusan kandungan kelak pada tahun ini.

Figma Make pula adalah sokongan pengaturcaraan dikuasakan kecerdasdan buatan. Melaluinya, pengguna boleh membangunkan prototaip dan aplikasi dengan input teks, seperti beberapa perkhidmatan pengaturcaraan lain. Figma menggunakan sokongan Claude 3.7 untuk menguasakannya.

Figma Draw pula merupakan aplikasi merekabentuk rekaan vektor, dan alternatif kepada Adobe Illustrator. Dan akhir sekali Figma Buzz pula merupakan sokongan untuk menjana gambar-gambar kreatif untuk pemasaran produk, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu alternatif kepada Canva.

Dengan pengenalan sejumlah ciri baharu ini, ia sekaligus memposisikan Figma sebagai pusat sehenti bagi pelbagai perkara melibatkan tugasan kreativiti. Integrasi kecerdasan buatan janaan turut membuatkan pelbagai perkara dapat dibangunkan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Ciri-ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna berbayar terlebih dahulu.

Komen