Now Bar diperkenalkan Samsung pada siri Galaxy S25 dengan ia memberikan ringkasan aktiviti harian di waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Ciri ini memerlukan kecerdasan buatan (AI) dan oleh itu eksklusif pada siri Galaxy S25 sahaja pada ketika ini. Tetapi menurut Android Authority, Now Bar selepas ini akan diberikan pula pada Galaxy Watch.

Dalam aplikasi sistem One UI 8 Watch yang sedang dibangunkan, tangkapan layar di atas telah ditemukan. Ia jelas adalah Now Bar tetapi untuk jam tangan pintar. Pengguna boleh berinteraksi dengan Now Bar dengan menyentuh skrin atau melakukan gestur memicit dua jari.
Menerusi Now Bar, selain rangkuman aktiviti harian ia boleh memberikan keputusan sukan secara masa nyata, melihat analisa tidur dan keadaan trafik terkini. Masih tidak diketahui sama ada Now Bar untuk One UI Watch 8 akan diproses pada Galaxy Watch atau sekadar mengambil maklumat yang diproses pada telefon pintar terlebih dahulu.