Carian
Nilai Bitcoin Kembali Mencecah $100,000
May 9, 2025 Effi Saharudin

Nilai mata wang kripto Bitcoin kembali mencecah $100,00 (~RM 335,112) awal pagi tadi diapungi oleh sentimen positif pengumuman perdagangan dua hala Amerika Syarikat dan UK serta perbincangan yang dilakukan dengan China. Kali terakhir nilai mata wang kripto ini mencecah $100,000 adalah pada Februari lalu dengan ia menjunam disebabkan oleh Tarif Trump.

Ketika artikel ditulis niai 1 Bitcoin ialah $102,959.27 (~RM 444,166) yang bersamaan peningkatan lebih 4% berbanding nilai semalam dan hampir 34% berbanding sebulan yang lalu. Nilai dijangka terus meningkat sekiranya Amerika Syarikat mengumumkan lebih banyak persetujuan perdagangan dua hala dengan negara-negara ekonomi utama dunia.

Sejak Tarif Trump diumumkan, ekonomi global terumbang ambing kerana pengenalan cukai import yang tinggi. China, Mexico, Kanada dan EU yang merupakan rakan dagang terbesar Amerika Syarikat enggan tunduk menyebabkan import berkurangan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Komen