Carian
Samsung Dijangka Memperkenalkan Beta Antaramuka One UI 8 Dengan Android 16 Pada Bulan Ini
May 9, 2025 Nazrin

Samsung baru sahaja melancarkan antaramuka One UI 7 dengan Android 15 untuk peranti-peranti mereka baru-baru ini, tetapi kini, nampaknya satu ura-ura tentang Samsung melancarkan versi beta antaramuka One UI 8 dengan Android 16 telah dilaporkan.

Sammobile telah melaporkan bahawa beta antaramuka One UI 8 akan diperkenalkan kepada peranti-peranti dan juga rantau tertentu seawal minggu ketiga bulan ini (Mei 2025). Ia juga dijangka bahawa program beta tersebut akan dilancarkan secara lebih meluas bermula bulan Jun kelak.

Mereka juga melaporkan bahawa One UI 8 sudahpun mula diuji secara dalaman di Samsung, dan oleh kerana ini, pengenalan antaramuka tersebut secara lebih terbuka akan diperlihatkan tidak lama lagi.

Laporan tersebut juga mengatakan bahawa para pengguna peranti pintar Samsung akan boleh mula memuat-turun antaramuka One UI 8 dengan Android 16 bermula sekitar bulan Ogos atau September tahun ini, tidak lama selepas peranti-peranti Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Samsung Galaxy Z Flip 7 dilancarkan kerana ia dijangka bahawa peranti-peranti ini akan hadir dengan sisem operasi tersebut.

  • Sammobile 1, 2
Komen