Sony telah memperkenalkan FX3A sebagai versi kemaskini kepada FX3 dalam barisan kamera Cinema Line mereka. Satu-satunya kemas kini diberikan ialah skrin LCD belakang yang kini mempunyai resolusi lebih tinggi yang meningkat daripada 1.44 juta titik kepada 2.36 juta titik. Peningkatan ini boleh bantu memaparkan paparan lebih jelas bagi tujuan navigasi menu dan penggunaan lain.

Walaupun FX3A bukanlah kemaskini menyeluruh yang diharapkan oleh sebilangan pengguna, ia tetap mengekalkan reka bentuk kompak, prestasi yang baik, serta sokongan warna S-Cinetone yang menarik bagi menghasilkan rakaman dengan tona warna yang lebih sinematik.

Spesifikasi masih sama seperti FX3, di mana ia mengekalkan sensor CMOS Exmor RS, sokongan rakaman 4K120P, serta ciri-ciri yang menjadikannya pilihan menarik dalam kalangan pembuat filem dan pencipta kandungan. FX3A dijual dengan harga $3900 (~RM16,754) iaitu harga yang sama dengan FX3 asal yang dilancarkan pada Februari 2021.