Sesi permainan video lebih imersif dan menarik jika visual mantap dipadankan dengan audio yang menggegarkan. Bagi pemilik kerusi gaming, Razer Clio dilancarkan hari ini dengan ia direka untuk dipasang terus pada bahagian kepala kerusi.

Ia dilengkapi dua pemandu audio 43mm dengan sokongan audio THX Spatial dan terdapat pelapik kepala di bahagian tengah. Tambatan audio boleh dilakukan menggunakan bluetooth atau 2.4 GHz HyperSpeed. Ia boleh diselarikan kepada PC menggunakan perisian Razer Synapse. Ia boleh beroperasi secara sendiri atau dipadankan dengan dua speaker berasingan bagi memberikan 7.1 saluran audio.
Clio dipasang kepada kerusi gaming menggunakan dua tali pengikat yang boleh dilaras. Dengan bateri 5400 mAh, ia boleh beroperasi selama 14 jam sebelum perlu dicas semula. Razer Clio dijual pada harga SGD 229.99 (~RM 988) sebuah tetapi harga untuk Malaysia belum diumumkan.